Aug 8, 2009

duduk. diam. pandang. atas.

memang senang kalau ada banyak masa tak ada kerja.
berpeleseran sini sana habiskan duit semata-mata. kalau nak tunggu duit masuk jangan haraplah. masuk poket keluar dompet. habis kalau dah hidup tak tahu nak duduk diam.

cuba duduk diam, tengok kiri tengok kanan, pandang bawah pandang atas. duit masuk tak keluar-keluar.
bila bangun pagi, buka tingkap tengok luar bukt-bukau kiri kanan depan belakang. memang rasa aman. tapi hidup tak tak tenang. terasing dengan dunia luar. apa nak buat kalau dah macam menetap dalam hutan. mahu tak mahu kena teruskan.

sebentar tadi aku bangun agak lewat. kejar kelas pensyarah tak masuk-masuk. memang susah hati. balik bilik sambung mimpi, bangun tidur tak jumpa kunci. macam org gila tak boleh nak mandi. nasib baik rakan sebilik yg pegang.

fikir lama-lama pun tak guna.

duduk tepi tingkap tengok cuaca jerebu. panas tak panas tutup tingkap, pasang ipas kuat-kuat, baring atas katil macam charlie's angles bersantai dekat pantai. seksi tak seksi lain punya hal.

buntu lama-lama jadi mati kutu. nak keluar jalan-jalan waktu tak sesuai. kenderaan bukan senang nak cari. elok aku duduk diam buat hal sendiri. nak rasa menyesal dah lambat. terpaksa juga buat-buat suka. nasib baik ada potret yg boleh menggembirakan hati. senyum-senyum kambing macam dalam surat khabar utusan.

dah nasib badan.
kalau hari-hari duduk diam pandang atas apa dapat?

cubalah kalau nak tahu. kalau tak sakit kepala jadi gila kau org amalkan hari-hari. baru tahu tua nanti apa jadi.

4 comments:

  1. erk adoy...
    utan mne u ddk ni...

    ouh....
    i suda tka blog bru...
    ni die http://ijuzwannabearound.blogspot.com
    daa~~

    ReplyDelete
  2. Kalau dok saja2 macam tu, bimbang lama-lama bleh jadik gile isim

    ReplyDelete
  3. yazid gmok(sexual harasment)August 8, 2009 at 10:12 PM

    haha..wa cadangkan luh baik punya..
    apa kata kalau luh x da nk bwt pa2..
    kite hafaz al-quran..nnt balik
    kiter lawan ramai2
    hah berkat tarbiyyah

    ReplyDelete
  4. hahaha lu punya cadangan terbaik yazid! aku setuju! hahaha :D
    balik nnt kita lawan.

    ReplyDelete