Aug 16, 2009

Kosong

waktu hujan renyai-renyai dekat melaka ini memang waktu yg tepat utk lelapkan mata, buai mimpi-mimpi indah, guling sana, guling sini sampai jatuh katil. sejuk jangan cakap. aku tengok luar tak ada org pun. memang tak ada sebab luar sana bukit-bukau indah gila. tiba-tiba teringat senyuman manis si rama-rama. lembut gayanya.

teringat waktu zaman budak kecik dulu, balik kampung jumpa sepupu-sepapat, waktu hujan semua orang tidur lena, keluar senyap-senyap tak pakai baju, main hujan gila-gila. sekarang nak keluar main hujan pun dah tak berani. hujan asidlah kata mereka. solat asar sebentar sambung melayan karenah si hujan. dengar bunyi-bunyian Butterfingers "mati hidup kembali" dan "merdeka" aku campur adukkan dengan bunyian muzik rock zaman dahulu kala. tak pasal-pasal lagu kumpulan barat, Metallica yang aku agung-agungkan dahulu keluar utk beraksi di laptop aku.

kerinduan pada macha-macha dekat pekan lama memang dah sampai tahap maksima. apa nak buat, duduk sini, masuk kelas, keluar kelas, buat assignment, hantar assignment, basketball sana, basketball sini, lepak sana, balik kembali. kalau asyik fikir pasal gembira tahap gila memang banyak, tapi target yang sempurna belum dicapai. puasa pula bakal datang tanpa aral melintang. sedia tak sedia memang kena hadap. cukup puasa dtg raya dah tak tahu nak buat apa. duit raya bukan banyak macam dulu kalau nak dikira. dulu kerja kutip duit raya, sekarang kerja jadi driver family berjalan di hari raya.

apa nak buat? fikir panjang-panjang pun tak guna. tapi kalau tak dikira, pejam celi, pejam celik dah jd graduan berjaya. itu pun belum tentu aku capai apa yg aku nak, jadi graduan universiti luar negara. target kalau tak berusaha tak guna juga. buang masa. baik aku belajar samapi tak ingat dunia. wahai macha-macha. nanti kita cuti bukak puasa macam org gila!

5 comments:

  1. gua 29ogos cti mid sem...hah apalagai~!!

    ReplyDelete
  2. hahaha..marilah datang newcastle macha!
    rumah sudah ada..
    mari macha
    mari cha..lpak sini cha..

    hoh korang x puasa lagi ker?
    aku dah nak raya dah.
    hakhak

    ReplyDelete
  3. hahaha :D
    jum semua kita datang newcastle!
    aku tak ada hal.dah ada tempat tidur dah!
    berapa jam je pun.

    ngee :p
    kita org dah dapat duit raya dah pun!

    ReplyDelete
  4. jap tggu aku servis kete luh..nak naik flight xde wang...kite naik ACX je ler...apamacam???

    ReplyDelete
  5. tak ada hal! aku set je kalau ACX kau boleh redah sampai ausie!

    shantek lah sangat! sampai ausie kita mkn epal je. pastu cilok kasi jual. beli tiket flight balik!

    amacam?

    ReplyDelete