Aug 28, 2009

Macha. Antera. Di. Lain. Benua.



HOISH!
tidur tak tidur, makan dah makan, nyanyi tak nyanyi, suka duka gembira apa semua, pejam celik bangkit, dah berapa lama, sampai puasa sudah kau dekat benua org. hahaha raya nanti makan daging kanggaroo masak lemak cilik api. ketupat rendang kami masuk mulut dulu.

mana boleh?

kalau dulu raya-raya kita jalan-jalan sampai malam, tapi kali ini bak datang kita pergi kedah jalan rumah pondan seorang dekat sana.

apa nak buat?

macha antera, aku dedikasikan satu lagu dekat kau!
kau cari satu lagu nama dendang perantau kau duduk diam-diam dalam bilik kasi dengar.
kalau kau rasa air mata mahu keluar kau tahan. mungkin esok kau kasi satu telefon sama kita org.

hahaha syaitan aku!!!
*kami rindu lu macha!!!

Aug 25, 2009

Sorry

I'm so sorry dear friends. currently I'm very busy. los of assignment, presentation, and whatever things i have to do.

so no updating my blog for awhile.

sorry! :)

Aug 22, 2009

A Month Enticement

Angin dekat luar bertiup mendayu-dayu. Kalau nak diikutkan jendela bilik aku perlu ditutup tapi aku biarkan sahaja untuk menikmati tiupan angin itu. Perlahan bunyian keroncong untuk ana yang aku pasang, "kemana hilangnya keroncong oh! cinta yang kita nyanyikan bersama".

Aku bangun tidur. Sejuk gila. Mana tak sejuk kalau dah hujan renyai-renyai dekat luar sana tambah lagi dengan kelajuan maksima kipas. Oh! hari ini aku mula berpuasa. Milo sebungkus, biskut sebungkus, kurma cik usop tayob! mesti ada, dua gelas air kosong cawan besar harga kedai buah. Orang lain seronok mula puasa dekat rumah. Aku mula puasa dekat kampus.

nak buat macam mana?

pejam celik, pejam celik dah puasa dah. sebulan lagi raya. Kalau tggu setahun lagi agak-agak lama tak? Sebab agenda aku baru sahaja bermula. meniti langkah-langkah agung untuk ke sana. Banyak dugaan akan datang. Lagi-lagi dalam bulan puasa ini. Hati-hati pejuang iman! Tabah hadapi cabaran!

Kau org doakanlah aku juga. Kita sama-sama ke sana. Ke dunia ilmu yang diimpikan. Bulan puasa bulan terbaik untuk kita beribadah. banyakkan pahala jangan kumpul dosa. Mari sama-sama kita pandang atas sana.

Kau nampak apa?
Aku nampak impian!

Aug 16, 2009

Kosong

waktu hujan renyai-renyai dekat melaka ini memang waktu yg tepat utk lelapkan mata, buai mimpi-mimpi indah, guling sana, guling sini sampai jatuh katil. sejuk jangan cakap. aku tengok luar tak ada org pun. memang tak ada sebab luar sana bukit-bukau indah gila. tiba-tiba teringat senyuman manis si rama-rama. lembut gayanya.

teringat waktu zaman budak kecik dulu, balik kampung jumpa sepupu-sepapat, waktu hujan semua orang tidur lena, keluar senyap-senyap tak pakai baju, main hujan gila-gila. sekarang nak keluar main hujan pun dah tak berani. hujan asidlah kata mereka. solat asar sebentar sambung melayan karenah si hujan. dengar bunyi-bunyian Butterfingers "mati hidup kembali" dan "merdeka" aku campur adukkan dengan bunyian muzik rock zaman dahulu kala. tak pasal-pasal lagu kumpulan barat, Metallica yang aku agung-agungkan dahulu keluar utk beraksi di laptop aku.

kerinduan pada macha-macha dekat pekan lama memang dah sampai tahap maksima. apa nak buat, duduk sini, masuk kelas, keluar kelas, buat assignment, hantar assignment, basketball sana, basketball sini, lepak sana, balik kembali. kalau asyik fikir pasal gembira tahap gila memang banyak, tapi target yang sempurna belum dicapai. puasa pula bakal datang tanpa aral melintang. sedia tak sedia memang kena hadap. cukup puasa dtg raya dah tak tahu nak buat apa. duit raya bukan banyak macam dulu kalau nak dikira. dulu kerja kutip duit raya, sekarang kerja jadi driver family berjalan di hari raya.

apa nak buat? fikir panjang-panjang pun tak guna. tapi kalau tak dikira, pejam celi, pejam celik dah jd graduan berjaya. itu pun belum tentu aku capai apa yg aku nak, jadi graduan universiti luar negara. target kalau tak berusaha tak guna juga. buang masa. baik aku belajar samapi tak ingat dunia. wahai macha-macha. nanti kita cuti bukak puasa macam org gila!

Aug 10, 2009

7 wasiat Raja-Raja Melayu

Artikel ini saya ambil dari Blog Prof. Emeritus Abdullah Hassan untuk kita, terutama golongan muda ingat akan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat.

wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. bersamaan dengan tarikh hari lahir saya.

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Aug 9, 2009

suka.suka.



nama dia LAMBRETTA. bila aku nak dapat vespa idaman ini pun aku tak tahu lagi. mati hidup kembali pun aku tak tahu. yang ada pun tak terbeli. pakai yang mana mampu sudah. vespa murah pun murahlah!

satu.saat.di.melaka.



kalau nak fikir balik pun rasa macam buat benda tak betul. sekejap pergi sana, sekejap pergi sini. tak ada arah nak dituju. peluh dah keluar macam main petang-petang. penat jangan cakaplah.

sebab apa adik-adik?

cerita kelakar satu saat di melaka. kalau nak ikutkan hati. boleh gelak sampai tak ingat dunia.

jalan-jalan hanya mainan percakapan. tujuan berjalan untuk melihat kenangan. sampai melaka dah tak tahu mana nak mula. kalau mula dari waktu yang ditetapkan memang tak cukup. naik A Famosa turun balik pergi cari air, naik balik.

mana tak penat!

sembang punya sembang waktu dah sampai. mana tak kelam-kabut macam ribut. jadi, pulang dengan kenangan yang sesaat tertinggal di situ. lain kali kalau nak jalan-jalan jangan bersembang sambil duduk. memang kaki tak bergerak. kalau nak bersembang sambil jalan. kaki bergerak mulut menyibuk. baru banyak kenangan yang dapat dikenang.

mahu tak mahu, fikir tak fikir, senyum-senyum kambing, gelak sorang-sorang macam org gila tak dapat marah orang.

Aug 8, 2009

duduk. diam. pandang. atas.

memang senang kalau ada banyak masa tak ada kerja.
berpeleseran sini sana habiskan duit semata-mata. kalau nak tunggu duit masuk jangan haraplah. masuk poket keluar dompet. habis kalau dah hidup tak tahu nak duduk diam.

cuba duduk diam, tengok kiri tengok kanan, pandang bawah pandang atas. duit masuk tak keluar-keluar.
bila bangun pagi, buka tingkap tengok luar bukt-bukau kiri kanan depan belakang. memang rasa aman. tapi hidup tak tak tenang. terasing dengan dunia luar. apa nak buat kalau dah macam menetap dalam hutan. mahu tak mahu kena teruskan.

sebentar tadi aku bangun agak lewat. kejar kelas pensyarah tak masuk-masuk. memang susah hati. balik bilik sambung mimpi, bangun tidur tak jumpa kunci. macam org gila tak boleh nak mandi. nasib baik rakan sebilik yg pegang.

fikir lama-lama pun tak guna.

duduk tepi tingkap tengok cuaca jerebu. panas tak panas tutup tingkap, pasang ipas kuat-kuat, baring atas katil macam charlie's angles bersantai dekat pantai. seksi tak seksi lain punya hal.

buntu lama-lama jadi mati kutu. nak keluar jalan-jalan waktu tak sesuai. kenderaan bukan senang nak cari. elok aku duduk diam buat hal sendiri. nak rasa menyesal dah lambat. terpaksa juga buat-buat suka. nasib baik ada potret yg boleh menggembirakan hati. senyum-senyum kambing macam dalam surat khabar utusan.

dah nasib badan.
kalau hari-hari duduk diam pandang atas apa dapat?

cubalah kalau nak tahu. kalau tak sakit kepala jadi gila kau org amalkan hari-hari. baru tahu tua nanti apa jadi.

Aug 1, 2009

holiday! hooray!

damn niceeeee!!! i just come for 3 classes and then they threw us back home! hahaha h1n1 punya pasal lah!
i'm sorry guys cause no updates yet for my blog.
i'll update it later yeah!

loves,