Mar 19, 2010

Rahmat Petang Khamis



Belum sempat cerita Adnan Sempit habis gua layan, tetiba pulak angin sejuk masuk ikut tingkap bilik sambil langsir melekat dekat muka. Sedar tak sedar, hujan lebat sampai gua lupa kain jemuran. Menggelabah linggam gua lari.

Baru plan nak berbasketan dekat court.
Pelan-pelan gua tarik kertas-kertas yang gua rasa boleh baca, tetiba terbang satu kertas.

Alamak aih!

Gambar mak gua pulak.
Lama tak balik rumah. Banyak pulak kontroversi tidur dengan katil.
Kunci jam bagai nak gila, air liur jugak layan tidur.

Hujan petang tadi lain macam. Angin tiup samapi gua pakai selimut bagai nak gila.
Sampai satu masa, baju jadi sleeveless, seluar panjang jadi seluar pendek, kaki gua sarung, kasut pakai ikat sendiri. Basket brader!

Tak ada org gua redah sampai kena kacau dengan gadis-gadis yang minat gua (awek2 jerit dr tingkap).

Dari sudut yang amat cantik gua tgk ada dua budak kecik main payung lepas hujan datang.




Alahai comel.
Teringat adik gua.
Nak Balik! Boleh lepak sama lu orang macha!

3 comments: