Jan 4, 2010

Jangan Terpegun Khayalan 2010



Menyanyi sambil berbogel? kau boleh panggil itu sebagai azam juga. Habis kau nak yg macam mana? apa benda yang tak capai lagi tahun lepas kau nak drag masuk baru? Kau memang menempah tiket penerbangan ke tahun masihi yang dah tak lama lagi.

1. Kau nak tarik azam lama-lama yang berkilo-kilo tak tercapai. Sampai kau dapat cucu kau pun nak lagi berazam? Baik kau bagi nama anak kau nant azam. Kalau aku satu tahun baru aku fikir benda yang betul-betul nak dicapai. Wah! memang dah tercapai. Satu kesyukuran.

2. Tahun baru masihi kau orang baru la nak berazam. Konon nak jadi yang terbaik, nak dapat awek cantik, nak jadi anak yg rajin. Dah tutup muka dgn bantal baik kau orang balik tidur.Tahun baru Islam kau orang tak celebrate pun. At least baca la doa akhir tahun dengan doa awal tahun. Ini pasang tv nampak tokoh maal hijrah kau orang cepat-cepat capai remote kasi tukar channel MTV.

3. Duduk, menung, tengok langit mendung. Tengok sekeliling pelik. Kenapa orang buat itu ini. Kau orang kutuk. Tadi dah janji nak jadi yang terbaik. Sebnarnya, takperlu pun. Yang kau orang perlu, "cuba jadi lebih baik".

4. Kau orang nampak orang kau orang kutuk. 1 Malaysia jadi 1 "malas" sia. Semua benda kau orang duduk, tengok, kutuk. Tak ada yang baik kau orang pandang. Mana nak maju atau cemerlang dan gemilang 2010? Baik kau orang buka buku memasak, kau orang cuba resipi Chef Wan yang latest. Ada faedah juga.

Aku masih berpegang pada Wawasan 2020. Ke mana hilang anak-anak bangsa kita? kita yang tentukan sendiri, kita yang fikirkan sendiri. Aku meniti permulaan 2010 dengan alunan kugiran gitar rancak united kingdom, The Beatles. Dengar lagu orang putih? Apa kau kisah? aku dgr sebab sedap, kau orang dengar lagu melayu sampai taksub. Enak bunyian lagu "While my gently weeps by The Beatles". Layan lagu mat saleh tapi jiwa bangsa melayu, adat kita boleh alih tapi bangsa kita sanjung dahulu.

2 comments:

  1. huhu
    sempoi je tulis
    suke post ni weyh
    :DD

    ReplyDelete
  2. hahaha thanx anyway...boleh share kan...

    ReplyDelete