Jan 22, 2010
Indah Pagi Jumaat, Esok Masih Ada?
Hidup memang #$&%, tapi esok masih ada. Kalau ini yang kau orang selalu ungkapkan memang masih ada jalan yang terbaik utk kau orang fikirkan. Kalau kita tahu esok masih ada memang senang untuk kau orang jalankan.
Tapi...
Kalau esok tamat segala cerita macam mana?
Bila nak maju kalau esok masih ada? hari ini macam mana? apa pembaharuan dan hanya penyesalan atau sekadar untuk mainan?
Kalau esok masih ada macam mana hari ini nak maju?
Kalau ini yang kau orang fikirkan, mak cik goreng pisang dekat tepi jalan tu dah buka bistro baru kau orang sedar mana esok kau orang.
Kalau orang tanya mana melayu kaya? kau orang jawablah mungkin esok. Sampai bila? esok dan keesokan hari? Kalau kau orang sedar sekarang, bukan setakat esok masih ada. Hari sudah tiba, sekarang kena mula dan esok penghujung yang berjaya. Kalau buat esok kiamat dunia kau orang nak ckp esok masih ada lagi?
Sambil dgr lagu nasyid selamba aku ckp,
Jan 6, 2010
"I'm in love for the first time
Don't you know it's gonna last
It's a love that lasts forever
It's a love that had no past..."
Don't let me down dari The Beatles. Apa boleh buat? Nak dengar yg lain? mungkin esok masih ada.
Dah dua hari aku terperap macam nak gila dekat rumah. Apa yang seronok kalau semua orang dah mula kerja masing-masing. Aku kembali dengan buku yang aku beli dulu dekat MPH. "I, too, am malay" dari Zaid Ibrahim. Facebook memang ada pengaruh yang besar. Sebesar mana pengaruh beliau kepada minda anak-anak pun aku tak pasti. Mungkin mak cik senah yg jual nasi lemak tepi jalan tu tahu apa kekuatan facebook sampai pengaruh rakan-rakan sejawat denagn aku nak bertekak.
Status aku sambung bacaan buku aku letak. Dua orang rakan bercanggah pendapat. Masakan tak boleh kau orang berdebat. Memang tak salah. Kau orang ada idea kau orang sendiri tapi apa tanggungjawab kau orang. Masing-masing nak tegakkan kebenaran tapi habuk? Biarlah dia apa jenis punya orang tapi dia sudah berjaya sekarang. Walau cara dia mungkin kau orang ada yg anggap salah atau betul.
Aku biar benda ini berlaku. Sebab bukan aku boleh bertindak sekarang...
Jangan cakap tapi tak buat. Malaysia jadi porak peranda sebab orang macam kau orang masih lagi macam ini. Cuba bawak bersabar, tumpukan pada belajar kau orang. Bila dah mula kerja nanti baru kau orang mula strategi nak serang dia orang pakai meriam pun boleh. Tapi jangan sampai bangsa kau orang sendiri kau orang rosakkan. Itu cuma dunia. Akhirat kau orang jangan lupa.
Kau orang baca dulu...
Dan kemudian kau orang tengok luar sana...
Bila dah tiba masanya...kau orang buat apa yang termampu...
Jan 4, 2010
Jangan Terpegun Khayalan 2010
Menyanyi sambil berbogel? kau boleh panggil itu sebagai azam juga. Habis kau nak yg macam mana? apa benda yang tak capai lagi tahun lepas kau nak drag masuk baru? Kau memang menempah tiket penerbangan ke tahun masihi yang dah tak lama lagi.
1. Kau nak tarik azam lama-lama yang berkilo-kilo tak tercapai. Sampai kau dapat cucu kau pun nak lagi berazam? Baik kau bagi nama anak kau nant azam. Kalau aku satu tahun baru aku fikir benda yang betul-betul nak dicapai. Wah! memang dah tercapai. Satu kesyukuran.
2. Tahun baru masihi kau orang baru la nak berazam. Konon nak jadi yang terbaik, nak dapat awek cantik, nak jadi anak yg rajin. Dah tutup muka dgn bantal baik kau orang balik tidur.Tahun baru Islam kau orang tak celebrate pun. At least baca la doa akhir tahun dengan doa awal tahun. Ini pasang tv nampak tokoh maal hijrah kau orang cepat-cepat capai remote kasi tukar channel MTV.
3. Duduk, menung, tengok langit mendung. Tengok sekeliling pelik. Kenapa orang buat itu ini. Kau orang kutuk. Tadi dah janji nak jadi yang terbaik. Sebnarnya, takperlu pun. Yang kau orang perlu, "cuba jadi lebih baik".
4. Kau orang nampak orang kau orang kutuk. 1 Malaysia jadi 1 "malas" sia. Semua benda kau orang duduk, tengok, kutuk. Tak ada yang baik kau orang pandang. Mana nak maju atau cemerlang dan gemilang 2010? Baik kau orang buka buku memasak, kau orang cuba resipi Chef Wan yang latest. Ada faedah juga.
Aku masih berpegang pada Wawasan 2020. Ke mana hilang anak-anak bangsa kita? kita yang tentukan sendiri, kita yang fikirkan sendiri. Aku meniti permulaan 2010 dengan alunan kugiran gitar rancak united kingdom, The Beatles. Dengar lagu orang putih? Apa kau kisah? aku dgr sebab sedap, kau orang dengar lagu melayu sampai taksub. Enak bunyian lagu "While my gently weeps by The Beatles". Layan lagu mat saleh tapi jiwa bangsa melayu, adat kita boleh alih tapi bangsa kita sanjung dahulu.
Subscribe to:
Posts (Atom)