Nov 14, 2009

Nyaman Hari Hujan




Macam dengar lagu Sudirman, Hujan, rasa macam satu hari kalau untuk tidur pun boleh. Exam dah habis, kerja dah tak ada, kredit handphone apa lagi? memang dah tinggal kosong. Siapa aku nak sms? Hujan pagi sabtu memang seronok. Tapi selalu pagi sabtu kau orang pergi jumpa kawan-kawan dekat bandar, jumpa soulmate kau orang lepak dekat Kfc, Mc Donald, Burger King sebab dah tak ada tempat lain dekat kepala otak kau orang.

Sejuk.

Bila sejuk selimut satu badan, mata jangan lelap sebab nanti mesti kau orang bangun hujan dah habis tapi hujan buatan mak kau orang pulak yang datang. Habis kau orang kena simbah. Cono D'Savoy A Famosa tingkat 18 memamg rasa macam dekat genting cuaca biasa. Sejuk gila. Kalau selimut berpisah dari badan menggigil badan berketap gigi palsu kau orang. Waktu-waktu macam ini kalau teringat mata air kau orang pun agak romantik. Tapi aku nak ingat siapa? Mata air pun tak ada. Siapa yang nak dekat aku? Kalau ada mari sesuka hati wahai gadis misteri. Tapi saya tak mahu lagi. Kalau teringat si dia? wah! seribu kali pun tak apa.

Hujan reda nanti nampak burung-burung keluar cari makanan untuk perut dia orang. Habis kau orang yang bangun tidur mana nak dapat rezeki? Buka peti sejuk carilah planta dgn cheese. Kau orang makan dengan roti. Sebab itulah orang tua-tua pesan jangan bangun lewat rezeki kurang. Bangun awal kau orang boleh keluar cari asam pedas mak cik dekat gerai yang sedap-sedap. Petang-petang keluar minum cendol tepi jalan. Baru cantik flow hidup seharian. Makan, makan dan makan. Perut gendut suka hati. Tapi sebenarnya kalau nak diikutkan nyaman masa hari hujan kau orang duduk kdekat balcony, tengok pemandangan, ingat masa depan. Indah waktu itu sebab kau orang teringat dia sekali. Nyaman hari hujan yang kau orang akan tunggu-tunggu lagi.

No comments:

Post a Comment