Kalau kita berbahasa biar manis tutur kata tapi hati yang tahu sakit di dada siapa nak kira? Hidup kalau nak senang tak mahu susah jangan cakap kau orang mati hidup tak mahu. Kalau tenang otak kau orang tak mahu fikir siapa yang susah kalau bukan kita mula dengan diri kita.
Persoalannya?
Dimana pergi yang dahulu, kenapa berubah yang sekarang. Sambil angin bertiup sehebat tiupan seruling anak gembala aku berfikir. Lebih ramai yang berbicara dariada bertindak. Lebih baik diam tapi bergerak. Enak, sukar, mencabar. Kem kepimpinan yang aku jalani dalam masa hari yang lepas memang bergerak dgn seribu satu tanda tanya. Anak melayu kalau kita wariskan dengan segala ilmu tidak kurang hebatnya. Ilmu kalau bukan disimpan di dada baik kita tepikan buat masak lemak cili api. Apa yang dapat aku gambarkan seperti lagu kugiran gitar rancak The Beatles "Yesterday". Apa masalah semalam kau kau orang tenung dan fikirkan esok lusa sudah tiada masalah kau orang jadi gembira. Kalau tangan tak bergerak memang kau orang hadap benda yang sama hari-hari.
Fikir kalau mahu hidup senang masa depan cerah esok lusa tak gundah. Memang esok masih ada tapi samai bila? Jangan sampai gagak hitam mencari pasangan dekat reban ayam. Jangan samapai anak-anak comel kau orang menari lupa diri. Bukan erubahan itu yang kita mahukan tai revolusi ank-anak bangsa kau orang juga yang kau orang bangga-banggakan sampai boleh bawa ke mati. Jangan samapai sejarah serta-merta terumbang-ambing. Tiba-tiba, kacau bilau, hiruk-pikuk, gundah-gulana semua benda tak kena kaki goyang kau orang tumbang. Masalah kini masa depan sekarang yang kau orang perlu bincangkan. Kalau PM dah kata se-Malaysia kau orang sambut satu lagi bahasa se-antera dunia. Dunia maju kau orang setuju.
Fikirklah. kalau kau orang lancar serangkap lagu hari ini, esok lusa belum tentu kau orang ingat tapi kalau kau orang hafal sekali lagi mungkin esok kau orang hafal satu lagu sekali. Bukan senang nak memimpin tapi cuba kita pimpin.
Nov 19, 2009
Nov 14, 2009
Nyaman Hari Hujan
Macam dengar lagu Sudirman, Hujan, rasa macam satu hari kalau untuk tidur pun boleh. Exam dah habis, kerja dah tak ada, kredit handphone apa lagi? memang dah tinggal kosong. Siapa aku nak sms? Hujan pagi sabtu memang seronok. Tapi selalu pagi sabtu kau orang pergi jumpa kawan-kawan dekat bandar, jumpa soulmate kau orang lepak dekat Kfc, Mc Donald, Burger King sebab dah tak ada tempat lain dekat kepala otak kau orang.
Sejuk.
Bila sejuk selimut satu badan, mata jangan lelap sebab nanti mesti kau orang bangun hujan dah habis tapi hujan buatan mak kau orang pulak yang datang. Habis kau orang kena simbah. Cono D'Savoy A Famosa tingkat 18 memamg rasa macam dekat genting cuaca biasa. Sejuk gila. Kalau selimut berpisah dari badan menggigil badan berketap gigi palsu kau orang. Waktu-waktu macam ini kalau teringat mata air kau orang pun agak romantik. Tapi aku nak ingat siapa? Mata air pun tak ada. Siapa yang nak dekat aku? Kalau ada mari sesuka hati wahai gadis misteri. Tapi saya tak mahu lagi. Kalau teringat si dia? wah! seribu kali pun tak apa.
Hujan reda nanti nampak burung-burung keluar cari makanan untuk perut dia orang. Habis kau orang yang bangun tidur mana nak dapat rezeki? Buka peti sejuk carilah planta dgn cheese. Kau orang makan dengan roti. Sebab itulah orang tua-tua pesan jangan bangun lewat rezeki kurang. Bangun awal kau orang boleh keluar cari asam pedas mak cik dekat gerai yang sedap-sedap. Petang-petang keluar minum cendol tepi jalan. Baru cantik flow hidup seharian. Makan, makan dan makan. Perut gendut suka hati. Tapi sebenarnya kalau nak diikutkan nyaman masa hari hujan kau orang duduk kdekat balcony, tengok pemandangan, ingat masa depan. Indah waktu itu sebab kau orang teringat dia sekali. Nyaman hari hujan yang kau orang akan tunggu-tunggu lagi.
Nov 7, 2009
Coca cola Musim Panas
Panas, kering tekak, dahaga? Macam nak gila kalau hari-hari aku macam ini. Mana sanggup nak pergi cafe tengok muka Pak Ya sibuk kira makanan budak-budak lain. Kalau habis hardcore pun milo ais kaw. Ape lah sangat? Kalau dapat kau orang minum sampai ais pun tak ada kan? Dapat masuk 7 eleven tadi dah cukup bangga dah. Masuk selamba tangan terus capai Coca cola perisa Vanila. Kalau dahaga macam nak gila, aku apa kisah yahudi lahanat ataupun minuman dari mana. Betapa segar minda, hati dan asmara. Kalau bukan sebab aku. Bunyi gas yang keluar dari botol, dari jauh aku dengar sebab bukan aku yang buka. Nada melankolik malaya jadi teman. Astro channel ESPN aku layan. Sanatai dekat tingkat 18 memang nyaman. Kalau hari-hari dapat macam ini aman hidup tenteram hati tak suram. Goreng gitar petang-petang rasa macam tepi pantai klebang. Angin sepoi-sepoi bahasa jadi ribut taufan. Memang aman. Terima kasih Coca cola musim panas. Kalau aku tak jumpa kau dekat 7 eleven tadi memang aku dah jadi orang kehausan minuman.
Nov 4, 2009
Senandung Musim Periksa
Kalau sebentar tadi sku dekat meja peperiksaan, sekarang aku dekat meja study bilik. Nak komen banyak sangat pun tak boleh tapi aku keluar senyum lebar. Entah senyum susah atau senyum senang pun aku tak tahu. Apa yang penting kertas tadi aku buat semua sekali dengan pedulikan arahan yang diberi. Mana tak buat, aku ingat soalan sebelum lagi senang padahal satu lagi muka surat lebih senang. Peperiksaan tinggal lagi enam hari. Musim bunga cuti semester memang penuh dengan tempat yg nak dijelajahi. Nak kena tunggu sorang mamat sesat dari Australia balik nanti. Wah! cukup gembira rasa. Macha antera kembali beraksi. Mari ramai-ramai kita ke sana ke mari. Senandung peperiksaan aku dah nak dekat habis, kau orang bila lagi?
*Del cha! gua punya MARA dah confirm. nanti dah dapat aku tak kira kau orang mari ke sini! gua nak kasi kau orang perut penuh dengan makanan!
Nov 3, 2009
Kopi Electric & Electronics
Sekarang bukan lagi tengok masa dekat jam di tangan tapi pakai telefon tangan. Alunan irama kopi dangdut dendangan Salleh Yaakob buat aku terhegeh-hegeh berjalan ke cafe untuk beli kopi O ais. tekak rasa gatal hati rasa gusar. Pukul berapa tak tidur lagi? Tapi bila fikir sejenak, kopi yang aku beli memang betul-betul masyuk. Celik mata pagi buta dilayan dengan bunyi cengkerik, risalah-risalah ilmiah yang aku baca, buat jadi teman. Hampir setengah buku juga aku baca. Pedih mata jangan kira, penyudah buka laptop tengok cerita. Janji sudah melayan kerenah buku sudah. Esok pagi layan buku sampai habis hari.
Nov 1, 2009
Selamat Datang Oh Inspirasi.
"sometimes you have to stop thinking to much and go where your heart takes you"
Selamat datang inspirasi. pagi satu hari sebelum perang soalan bermula. tidur yang agak tidak tentu akan diganti pada hari yang akan datang. bila mula berfikir soal hidup mati menjawab soalan, hati kata tenangkan fikiran tapi bila hati risau pasal peperiksaan, otak mula berfikir satu kebarangkalian. lulus atau gagal? kedengaran lagu dari kotak suara natazar The Times, Konfrantasi Primadona 1965. meja study terus menjadi tempat meluah semua yang tersimpan dalam kotak pengetahuan. daripada subjek aku ambil masa tahun satu sampai sekarang. kalau disimpan lama-lama mana aku nak tambah lagi ruang memori otak? bukan macam komputer yang kita boleh tambah-tambah. kalau semalam aku jatuh, tiada siapa nak sambut tapi aku bangun sendiri. sedar atau tak sampai ke malam baru terhenti pergerakan aku. menjamu selera. selamat datang oh inspirasi.
Subscribe to:
Posts (Atom)