Mar 22, 2010

Titipan Untuk Direnungkan

Tiga wanita terkorban dek kes ragut. Kejam memang kejam. Tapi, jangan kita salahkan polis. Kita gesa kerajaan, mulakanlah gerakan bersepadu membanteras jenayah remaja, daripada kes rempit, kes ragut, kes ponteng sekolah, kes lepak, kes hidu gam, menghisap dadah dan sebagainya.

Kerahkan polis, Rela, askar, penguatkuasa agama dan seluruh agensi kemasyarakatan lainnya, termasuk yang di bawah tanggungjawab Shahrizat supaya hapuskan jenayah remaja dengan segera.

Pendek kata gerakan bersepadu ini perlu membabitkan seluruh agensi dan kementerian membabitkan penguatkuasaan undang-undang, pembangunan dan kesejahteraan insan serta belia dan sukan.

Mula-mula sekali lakukan gerakan sepadu di Putrajaya. Siasat betapa seriusnya kes ponteng sekolah, kongsi gelap, penagihan dadah, bohsia, rempit, lepak dan lain-lainnya di Ibu Pentadbiran Negara ini. Buat lawatan mengejut ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di Putrajaya. Buat serbuan waktu malam bagaimana sesetengah remajanya lepak dan khayal. Kerahkan seluruh jabatan di Putrajaya kerana majoriti penghuni di sana adalah kakitangan kerajaan. Lepas itu buat pengisian minda dan program kesedaran yang berjadual dan berterusan. Jangan fasiliti di Putrajaya saja yang world class tapi remajanya third class dan menuju kehancuran.

Adakan juga gerakan bersepadu ini di seluruh negara. Pastikan pendekatan dan sasarannya. Libatkan ahli parti pemerintah di semua peringkat. Jangan hanya pandai cakap tapi buat kerja segan silu.

Jika tidak, hancur bangsa Melayu. Baik Melayu bandar baik Melayu kampung. Remaja dan belia Melayu kini seolah-olah jadi sasaran kehancuran yang distrategikan oleh tangan yang ghaib. Siapa mereka jangan peduli. Yang mesti dibuat, bertindak sekarang dan dengan segera. – http://politica-net.blogspot.com

Mar 19, 2010

Rahmat Petang Khamis



Belum sempat cerita Adnan Sempit habis gua layan, tetiba pulak angin sejuk masuk ikut tingkap bilik sambil langsir melekat dekat muka. Sedar tak sedar, hujan lebat sampai gua lupa kain jemuran. Menggelabah linggam gua lari.

Baru plan nak berbasketan dekat court.
Pelan-pelan gua tarik kertas-kertas yang gua rasa boleh baca, tetiba terbang satu kertas.

Alamak aih!

Gambar mak gua pulak.
Lama tak balik rumah. Banyak pulak kontroversi tidur dengan katil.
Kunci jam bagai nak gila, air liur jugak layan tidur.

Hujan petang tadi lain macam. Angin tiup samapi gua pakai selimut bagai nak gila.
Sampai satu masa, baju jadi sleeveless, seluar panjang jadi seluar pendek, kaki gua sarung, kasut pakai ikat sendiri. Basket brader!

Tak ada org gua redah sampai kena kacau dengan gadis-gadis yang minat gua (awek2 jerit dr tingkap).

Dari sudut yang amat cantik gua tgk ada dua budak kecik main payung lepas hujan datang.




Alahai comel.
Teringat adik gua.
Nak Balik! Boleh lepak sama lu orang macha!

Mar 5, 2010

Sukan Tengah Panas



kalau ingat zaman-zaman orang kata zaman jahiliah dulu memang cukup kejam. habis madu sepah dibuang. habis sport's day rumah tergadai. penat-penat tahi ayam buat house utk sport's day habis-habis kena roboh. menagis tak berlagu siapa yang baru nak simpan elok-elok.

tapi mngkin sekarang agak lain. aku pun tak tahulah nak cakap macam mana sebab dah lama tak join sport's day ni. dengar cerita minggu ini.

teringat si ajwad kelam kabut mendesign sport's house sebulan before sport's day. pening kepala nak fikir. masa itulah yang kami senior-senior mengambil keputusan utk membuli si junior. seronok sangatlah kau orang. kalau perkara yang kau orang pandang pelik sekarang ni kau orang tak suka lantak kau oranglah sebab benda kecil yang pelik inilah yang akan jadi kenangan di masa hadapan.

Mar 1, 2010

Pedih Mata Tak Guna



sekarang dah pukul 2.28 pagi.
dah nak dekat pukul 3 pagi dah...
nak jumpa tak sempat...
nak nangis macam pojan tgk pensil case patah pun tak guna.

kejap lagi lu balik aussie.
jangan lupa bawak awek mat saleh sama telur kanggaroo!