Dec 11, 2009

Kelibat Ke-pulauan Penyeksaan

Kalau nak diikutkan hati, memang seribu satu kali aku nak pergi lagi kalau dah hari-hari duduk macam ikan masin baru beli. Nak dimulakan ceritera seribu satu makna, seorang pondan tua telah memberi satu panggilan telefon melalui bukan telefon beliau. mengisahkan pencarian 4 orang model impian. Maka bermulalah pencarian tersebut dgn terciptanya sebuah karya agung model impian yang berempat ke sebuah pulau.



Setelah dikaji beberapa kali ketegangan rumah kecil ajaib yang boleh memuatkan 4 orang, maka tercetuslah cerita si model berempat yang memulakan tapi paling akhir yang menyiapkan. Kesengalan mereka amat terserlah di situ. Setelah penat lelah berfikir dan terus berfikir, maka terbentuklah sebuah rumah ajaib. Nak disambung cerita model impian berpecah mengikut kehendak para suruhan raja.



Maka tersebutlah kisah puak demi puak belajar menaiki tongkang, meredahi hutan rimba, meneliti semua tempat serta cubaan membunuh diri dengan tali diikat. Malam bulan mengambang berteriaklah wahai sang kambing hutan bersyair, bergelak pinggul menyampaikan apa yang terjadi pada siang hari, maka si gelek pinggul berpakaian merah bersama pasangan dari negeri di bawah bayu mendapat sambutan meriah. Ceritera dihiaskan lagi dengan telatah sambil lewa dengan tiada pendiskusian pada mulanya. Malam demi malam berganti dengan hadirnya orang normal bertukar kepada orang pelik, manusia sempurna mengubah diri kepada manusia durjana, wahai hamba raja yang pada mulanya menganggap dirinya baik-baik belaka, rupa-rupanya sama seperti monyet di rimba. Tapi tidak mengapa kerana mereka telah menghidupkan suasana, menjadikan model impian manusia yang boleh hidup walau ada bencana. Malam tanpa bintang bagai tiada seri pada esok hari. Maka berakhirlah kisah model impian dengan kekalahan teknologi dunia kepada air. Kesedihan di muka tiada impak maksimanya tetapi di hati tiada siapa yang boleh lakarkan. Mungkin keajaiban matahari yang hanya boleh menghidupkan kembali teknologi manusia. Dan berakhirlah kisah model impian ke pulau seksaan...

*special thanks to Kem Pendidikan Luar, IPTA & IPTS, Fasilitator and anda yang join this camp...






7 comments:

  1. dekat-dekat dgn pangkor...around it laa...fasi-fasi dia ada laa dua tiga orang cikgu praktikal masa sy f4 dulu...hahaha :D

    ReplyDelete
  2. syial je model..hahah
    pondan tua sape weh kasman ke?
    biadap kow.weh print out bg kasman bace!haha

    ReplyDelete
  3. hahaha ada berani aku kerat kau punya!

    ReplyDelete
  4. =)..ape lagi yg i bole comment...hulahup!!!

    ReplyDelete
  5. korang tersiksa ke? tengok cam evbody's enjoying je.
    babak pondan itu jangan ditiru, ok.
    cheers.

    ReplyDelete