Berpijak pada tanah yang sama.
Gua kembali berpaut pada diri yang nyata.
Diri kembali pada diri yang dahulu hanya pada diri.
Gua rasa diri mencuba yang telah hampir pasti ke penghujung jalan yang gua cari. Rupanya dunia hanya membenci. Gua rasa kalau tanah itu boleh gua angkat, boleh gua tatang, manusia pribumi tak lagi duduk senang.
Jadi.
Gua kembali duduk diam, senyap campur tenang.
Gua kembali menulis. Menulis dari isi hati. Rasanya kau orang masih boleh benci gua. Benci gua dari banyak segi, tapi gua akan masih sayang kau orang, sayang dari satu segi.
Kembali, kembali kepada petak pertama.
Dying To Tell, Here's Malayneum Humdrum
Tiger Lane Boy
Feb 21, 2015
Aug 19, 2013
Hati Manusia.
Terkadang kita alpa - leka sementara.
Terkadang dalam doa kita Allah makbulkan.
Dalam istikharah yang kita lakukan, terpampang depan mata.
Hati bukan mainan.
Kau orang paksa tak jadi juga.
Hebat.
Hebat bukan permainan dunia?
Dari satu langkah pada langkah yang lain, itu mengambil masa.
Rindu.
Sumpah rasa ini jadi memang benar.
Sukar untuk luah--
Sukar untuk keluar.
Wajah itu benar.
Tapi diri yang sukar.
Ada yang menghalang?
Tidak.
Cuma jika ada rezekinya jodoh kita dan dia, adalah.
Hati masing-masing tak sama.
Kau orang rasa rindu - dia tidak, kau orang tahu?
Dia rasa rindu - kau orang tidak, dia tahu?
Usaha.
Garis noktah yang perlu mana yang perlu.
Jangan bohong sama hati, hati dalam diri kau orang, kau orang sendiri yang tahu.
Jul 22, 2013
Disebalik. Kisah Disebalik.
"Ikut apa yang saya ajar..."
Dan dalam sedar kamu tahu dia adalah yang terbaik pada waktu itu. Jika di kampung ketika dahulu tiada orang yang lebih tahu. Dia adalah orang yang terbaik atas gelaran yang diberi.
Namun. Hari itu bukan tetap hari itu.
Ada perubahannya.
Ditembak sana sini. Bercampur rasuah itu ini. Bahaya sunggung profesi hari ini.
Diri itu kenal akan seorang diri. Yang cukup gigih pada apa yang sedang dilalui. Biar pegangan diri untuk profesi cuma sementara, diri itu lihat cukup gigih dia memberi makna hidup pada manusia yang ilmu dia beri.
Namun ada manusia yang berjalan atas sarang labah-labah ilmu dengan tiada sopan.
Tanya pada seorang diri itu --
Pertanyaannya masih tiada jawapan jitu.
Dan diri itu gigih berkata keadaan yang di mana aku, kita, kau orang dan manusia dapat lihat tentang suasana dunia adalah jawapan yang dicari.
Masih belum pasti --
Ada jawapannya, cuma jangan dilawan dugaan alam, cakerawala itu luas apa lagi hati manusia yang keras tiada siapa yang dapat bidas -- cuma ATAS sana.
Lirikan mata seorang diri itu cantik.
Kata-katanya manis.
Pertuturannya ditapis.
Menjadi malu apabila diri itu terjadi sesuatu yang tiada mahu berlaku.
Tiada patut.
Tiada sopan.
Tiada sedia.
Diri itu malu.
Dan berjanji akan diri itu menculik untuk sebentar jam sahaja menjamu juadah puasa di tempat yang seorang diri itu mahu berjumpa pada ciptaan Tuhan yang sangat disuka.
Dan pada fikir akal diri itu.
Pada hati yang disangkal tiada terisi.
Apa benar cinta Allah itu datang dari dasar hati.
Masih.
Dan masih.
Apa yang seorang tua itu lakukan dan perkatakan.
Ayahanda duhai ayahanda.
Jul 21, 2013
Mati. Sudah Lama.
Adakah kamu tahu semua tentang aku?
Soalan itu--
Soalan itu yang sentiasa bermain difikiran. Soalan pada sekeping hati yang tiada tahu mana mahu pergi. Apa mahu diri itu beri jawapan.
Apa selalu kamu bermain dengan soalan sebegitu?
Apa yang diri itu tahu cuma rindu.
Apa yang diri itu tahu cuma setitik kasih yang diri itu mahu jadikan kamu di sisi kerana-Nya.
Tapi apa yang bermain dalam fikiran kamu cuma orang kata dunia.
Apa yang kamu mahu apa yang kamu janji?
Berubah masa berubah diri. Mana masa mana janji mana pergi segala kata hati. Jangan kotor yang kamu cari.
Pada diri itu ada abadi dalam gati cuma mimpi?
Kasihan--
Kasihan, kamu tiada peluang melihat mata hati. Diri itu berjuang untuk hati sendiri yang masih menunggu untuk selamanya apa yang diri itu cari.
Kasihan--
Kasihan, diri itu sejenak melihat, hati berdegup jantung tiada tahu mana mahu lari.
Diri itu terdiam disebalik muka senyum tiada makna cuma bersabar menenang suasana tetapi dalam diri bagai nak mati menahan degupan jantung yang makin laju makin buat diri itu mati.
Ya.
Dia sudah mati.
Mati segala. Diri itu sudah tiada mimpi. Apa yang dikejar cuma ada sabar, cuma ada realiti sebenar apa yang dilihat.
Rasa apa yang diri itu rasa?
Rasa sakit diri itu tahan hingga mati pada hari-hari yang dilalui?
Kamu fikir cuma kamu.
Tiada simpati yang diri itu mahu, hina yang diri itu cari kerana diri itu lihat terus kepada mata hati.
Semua kerana satu perkara yang diri itu tiada mahu bicara yang kamu tahu.
Diri itu sudah lama mati.
Diri itu sudah lama mati.
Jul 18, 2013
Bukan Cerita Cinta. Perjalanannya.
Cerita cinta.
Pada saat kau orang sentiasa tunggu akan kesudahannya.
Tanyalah pada semua orang--
Pada dunia yang akan datang jawapan tetap masih sama.
Tanyalah pada profesor terbaik dunia --
Tanyalah pada pengkaji hati manusia --
Sama.
Mungkin berlainan kata.
Tadah tangan --
Kau orang tanya sama Dia.
Jawapannya ada pada kita. Tak perlu kau orang tanya sama manusia.
Bunga biar tiada nama. Tapi hati kau orang tahu.
Gembirakanlah hati sendiri.
Ikhlas pada diri.
Kita masih belum tahu apa jawapannya nanti.
Demi cinta aku pergi,
Tinggalkan kamu,
Relakan kamu.
Suatu saat kau akan kembali,
Sungguh sebelum aku mati.
Carilah diri kau orang sendiri. Sedia apa yang kau orang cari.
Jalan seorang diri tepi pantai tak sama dengan kau orang jalan sendiri di khalayak ramai. Berbeza. Tapi, pernah kau orang rasa jalan di khalayak ramai seperti jalan di tepi pantai?
Angin mungkin berbeza tapi suasana sama.
Air mata kasih --
Itu makna apa yang kau orang rasa.
Pada saat yang kau orang rasa itu masanya, itulah bahagianya. Jangan disembunyi, sujud tunduk ke bumi. Rasa bahagia kau orang mungkin sampai ke hujung dunia.
Cari diri sendiri.
Cari diri sendiri.
Jul 17, 2013
Yes, sometimes. As Long As There's Life.
Sometimes my heart feel that if you weren't there,
There would have been no such thing as love.
One might not have seen a beautiful damsel with the silken folds og her hijab before her lover in an open field.
If you hadn't shown us, lovers would never have thought to sit in the flight of their dreams and fly to Switzerland.
Yes, sometimes my heart feels that if you weren't there,
There would have been no such thing as love.
Sometimes my heart feels that would beauty be so beautiful if you hadn't captured it with camera?
Would this beautiful faces have captured our hearts,
If viewers hadn't seen then through your eyes?
Yes, sometimes my heart feels,
If you weren't beauty wouldn't be as beautiful.
Sometimes my heart feels that without you,
Would there be so many memories hidden in time?
Would the meeting of hearts have been just a one-time thing, or a connection for a lifetime?
Yes, sometimes my heart feels that without you,
The meeting of two hearts would have been just coincidence.
Whenever we seen the dreams you showed us on screen or whatever it is, I see everything that's beautiful on this earth. We all will be in love.
Love is in love and will never forgetmwhat it owes.
As long as there's a life.
Jul 16, 2013
Ceritera. Putih Dan Hitam.
Si Putih & Hitam...
Begitu lah kisah dunia.
Hanya ada putih dan hitam yang jelas nyata.
Dahulu tiada warna seperti manusia yang hanya berkhayal kisah hidup mereka.
Terpapar depan muka mereka seperti dunia sudah bertukar menjadi satu taman khayal.
Dan pada saat yang mereka rasa sesuai, bertukarlah dunia pada warna-warna ceria yang mereka rasa warna tersebut mengubah dunia serta merta tanpa rasa apa akan berlaku pada yang lama.
Hidup ternyata ceria sepertimana yang dicerita.
Manusia.
"Melayu mudah lupa..." -- kata seorang tua yang membawa Malaya ke mata dunia.
Apa kita sedar di mana letaknya kita?
Lupa -- Alpa -- Leka -- Tak hirau semua kata -- Orang muda.
Aku, sama seperti kau orang juga.
Tak jauh bezanya cuma umur kita tidak sama.
Selalu mempersoal urusan dunia yang tanpa kita sedar perkara yang utama kita tinggal.
Sedarkah kau orang?
Jadi.
Putih dan Hitam yang patut kita cari. Tempat asal -- perkara utama -- tajuk hidup kita.
Apa masih mahu teruskan dengan dusta dunia zaman purba yang kau orang dengar kita berasal dari keturunan bintang atas pokok sana?
Zalim untuk diri kau orang untuk percaya kata mereka.
Tentang kita.
Kita sahaja yang tahu mana asalnya kita.
Tak perlu cerita apa yang lama.
Jadi bualan orang di mana-mana. Kaca yang kau orang pecahkan biar sahaja kau orang yang pijak. Jangan sampai orang lain yang kena. Tiada makna hidup kalau kau orang sentiasa mahu hebat dalam dunia.
Cuba duduk seorang di kedai mamak sambil fikir apa yang kau orang mahu buat satu jam selepas itu. Apa kau orang mampu melka diri untuk perkara yang kau orang rasa buang masa? Lebih baik kau orang cari gadis semasa yang kau orang rasa boleh bawa diri kau orang ke syurga dunia. Kau orang HINA.
Masih buntu apa yang kau orang mahu. Tepuk dada kau orang mahu apa?
Kembali.
Pada hitam dan Putih yang kau orang cari.
Mereka semua sedang berkata tapi yang asal dalam hati kau orang buat leka. Diamkan mereka. Biar akhir nanti mereka tahu kau orang siapa. Hina awalnya tak apa jangan pengakhiran dunia yang jadikan kau orang hina.
Carilah hitam putih kau orang.
Bunga tiada nama kau orang letak dalam hati. Tak perlu kau orang papar satu dunia. Siapa tahu?
Diri sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)